Saturday, November 8, 2014

Latihan Hoki di Stadium Hoki Nasional

Peserta-peserta mula berlatih di Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil untuk mempelajari teknik permainan di atas permukaan turf.

Hampir 30 peserta hadir pada sesi pagi ini.

Diharap latihan ini dapat menaikkan prestasi pasukan hoki SMKDL. 

Pemain Malaysia,  Pn Shikin berkongsi pengalaman dengan peserta. 

Wednesday, November 5, 2014

Program Latihan Hoki.

Selepas mendapat maklumbalas mengenai hasrat ahli PIBG supaya latihan permainan hoki dapat dipertingkatkan, PIBG telah berusaha mendapatkan jurulatih jemputan untuk mengendalikan latihan ini.

PIBG telah mengambil masa yang agak panjang untuk mengenalpasti jurulatih yang boleh memberi komitmen untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta program ini.

Program ini adalah program berterusan tanpa mengira musim temasya sukan MSS sahaja.

Jurulatih jemputan adalah seorang jurulatih berlesen dan sangat berpengalaman dalam bidang hoki Malaysia.

PIBG berharap peserta-peserta dapat memanfaatkan peluang ini dan disokong oleh ibu bapa &  penjaga.

Klinik Bola Sepak SMKDL

PIBG telah mula mengadakan latihan bola sepak yang dikendalikan oleh jurulatih jemputan.

Tujuan mengadakan program ini ialah memberi tunjuk ajak teknik permainan bola sepak yang bersistem secara berterusan.

Latihan diadakan setiap hari Ahad jam 7:30-10:00 pagi, bermula 2 November, 2014.





PIBG telah membeli peralatan latihan supaya sesi latihan secara klinik ini dapat dikendalikan dengan sebaik mungkin.

Diharap peserta-peserta dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan.

Selain itu, ibu bapa dan penjaga, diharap dapat membuat sumbangan untuk sama-sama membantu menanggung kos program ini.

Untuk pengetahuan, kos untuk kendalian program ini sangat rendah jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di sekitar Lembah Kelang.

AJK PIBG Sesi 2014/2015

AJK PIBG 2014/2015


Barisan ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), yang dilantik pada 15 February 2014 untuk tempoh 12 bulan, bersama pegawai-pegawai pentadbiran SMK Datok Lokman.


NamaJawatan
1Encik Muzafar B AbdullahYang Dipertua
2Encik Ayub Khan B KamaNaib Yang Dipertua
3Cik Suriani Tukiman  Setiausaha Kehormat
4Puan Nor Azlinda Bt.Abdul RazakNaib Setiausaha Kehormat
5Cik Maslina Bt. MusaBendahari Kehormat
6Puan Sharifah Zuraida Bt Syed IbrahimAJK
7Encik Karam Singh RandhawaAJK
8Puan Sabihah Bt Talib @ Mohd TalibAJK
9Encik Mohd Khanil B TaibAJK
10Encik Shah RezzanAJK
11Tg Mohamad Izudin B. Tg. IbrahimAJK
12Cik Adibah Bt. AsmuniAJK
13Puan Megala A/P ThangapuAJK
14Puan Siti Khadijah Bt HasbullahAJK
15Encik Jamri B JarenieAJK

Pegawai-pegawai Pentadbiran SMKDL


NamaJawatan
1Puan Hjh Che Hasnah Bt MuhammadPengetua
2Puan Asiah Bt Zainal AbidinPK Tadbir & Kurikulum
3Puan Teh Siew TeePK HEM
4Encik Abd. Samad B OthmanPK Kokurikulum
5Puan Normah Bt Mat AliPK Tingkatan 6
6Encik Daruddin B BabaPK Sesi Petang