Wednesday, November 5, 2014

Program Latihan Hoki.

Selepas mendapat maklumbalas mengenai hasrat ahli PIBG supaya latihan permainan hoki dapat dipertingkatkan, PIBG telah berusaha mendapatkan jurulatih jemputan untuk mengendalikan latihan ini.

PIBG telah mengambil masa yang agak panjang untuk mengenalpasti jurulatih yang boleh memberi komitmen untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta program ini.

Program ini adalah program berterusan tanpa mengira musim temasya sukan MSS sahaja.

Jurulatih jemputan adalah seorang jurulatih berlesen dan sangat berpengalaman dalam bidang hoki Malaysia.

PIBG berharap peserta-peserta dapat memanfaatkan peluang ini dan disokong oleh ibu bapa &  penjaga.

No comments:

Post a Comment